Latihan Bersama Maritim Teluk Beibu China-Vietnam Berakhir

(CRI)Ahad 22 Mac 2026

Selepas menyelesaikan tugasan yang ditetapkan, armada kapal perang dari kedua-dua negara China dan Vietnam telah mengadakan upacara pemisahan pada petang Jumaat lalu, yang menandakan Latihan Bersama Maritim yang pertama sempena rondaan bersama Teluk Beibu ke-40 berakhir dengan lancar.

Dengan ini, Aktiviti Persahabatan Pertahanan Sempadan China-Vietnam Ke-10 telah berjaya disempurnakan.

Formasi kapal perang China-Vietnam terdiri daripada kapal "Hengyang" dan "Enshi" milik Angkatan Laut China, serta kapal “Tran Hung Dao” dan “Ly Thai To” milik Angkatan Laut Vietnam. Sebelum ini, formasi tersebut pernah dikerahkan untuk perhimpunan pasukan dan aktiviti pertukaran di pelabuhan Fangchenggang wilayah Guangxi, China.

Aktiviti Persahabatan Pertahanan Sempadan China-Vietnam Ke-10 telah diadakan di sejumlah kawasan, pintu sempadan dan perairan Teluk Beibu yang berada di bawah pentadbiran Wilayah Autonomi Guangxi, China atau provinsi Quang Ninh, Vietnam pada 16 hingga 20 Mac ini.

Sepanjang berlangsungnya aktiviti tersebut, pasukan kapal tentera laut kedua-dua pihak telah menganjurkan rondaan bersama dan latihan bersama, menyediakan perkhidmatan perubatan kebajikan di kawasan sempadan, mengadakan acara riadah dan sukan bersama rakyat sempadan, dan meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Pahlawan Revolusi Rakyat China-Vietnam.

Siri aktiviti kali ini bertujuan mengeratkan kerjasama kedua-dua pihak dan meningkatkan keupayaan dalam melindungi keselamatan sempadan dan perairan berkaitan.

Video

Berita Berkaitan