- Lain-lain
Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam To Lam Bertemu dengan Tiga Menteri China
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam telah mengadakan pertemuan dengan tiga menteri dari pihak China, iaitu Menteri Luar Wang Yi, Menteri Keselamatan Awam Wang Xiaohong dan Menteri Pertahanan Dong Jun sempena Mesyuarat Peringkat Menteri pertama Dialog Strategik Diplomasi, Pertahanan dan Keselamatan Awam ( 3+3) China-Vietnam di Hanoi semalam.
Setelah meminta Wang Yi menyampaikan salam kepada Presiden Xi Jinping dan mengucapkan tahniah atas kejayaan persidangan NPC dan CPPPCC 2026 di Beijing serta kelulusan Rangka Garis Panduan Rancangan Lima Tahun ke-15 Pembangunan Sosioeknomi Kebangsaan China, To Lam menyatakan bahawa pihak Vietnam sentiasa meletakkan hubungan dengan China sebagai keutamaan utama yang bersifat strategik dalam dasar luarnya. Sehubungan itu, pihaknya akan terus berpegang teguh kepada pelaksanaan dasar Satu China, dan menyokong empat Inisiatif Global yang dikemukakan Presiden Xi.
Wang pula berkata, kehadiran beliau dalam mesyuarat 3+3 kali ini adalah untuk melaksanakan konsensus yang dicapai antara pemimpin tertinggi dari kedua-dua negara. Platform komunikasi strategik yang diwujudkan oleh China dan Vietnam seumpama itu merupakan yang pertama di peringkat global, dan juga menandakan rasa percaya dari segi strategi dan kerjasama kedua-dua pihak sudah berada di satu tahap yang baharu, sekali gus menggambarkan kemajuan baharu yang dilakar dalam pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Vietnam yang membawa makna strategik.
- China, Vietnam Sedia Tingkatkan Kerjasama, Dorong Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Asia-Pasifik
- China,Vietnam Bakal Adakan Aktiviti Persahabatan Pertahanan Sempadan Ke-10
- Tiga Menteri China Bakal Hadir Mesyuarat Mekanisme Dialog Strategik China-Vietnam '3+3'
- Lebih 1 Juta Pengembara Keluar Masuk Melalui Pintu Sempadan Hekou China-Vietnam
- Xi Terima Kunjungan Utusan Khas Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam
- China, Vietnam Tekad Perkukuh Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib
- Utusan Khas Xi Melawat Vietnam Ucap Tahniah
- Pelabuhan Youyiguan Naik Taraf Sistem Pelepasan
- Xi Jinping Hubungi Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, To Lam menerusi Telefon
- Xi Ucap Tahniah To Lam Dipilih Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKV




