China, Vietnam Adakan Pertukaran Persahabatan Ketenteraan

(CRI)Jumaat 20 Mac 2026

Menteri Pertahanan China Dong Jun dan rakan sejawatnya dari Vietnam, Pham Van Giang bersama-sama mempengerusikan aktiviti pertukaran persahabatan pertahanan sempadan ke-10 China-Vietnam pada 18 hingga 19 Mac.

Sepanjang tempoh tersebut, menteri pertahanan dari kedua-dua negara ini turun padang beramah mesra dengan anggota pasukan pengawal sempadan, menanam pokok yang dilihat sebagai simbol persahabatan, menghadiri upacara perasmian rondaan bersama dan latihan bersama tentera laut, dan meletakkan bakul bunga di Tugu Peringatan Pahlawan Revolusi Rakyat China-Vietnam.

Dong Jun berkata, kedua-dua tentera diharap mempererat komunikasi strategik, memperincikan pelaksanaan projek kerjasama dalam bidang yang substantif, dan menyumbang tenaga untuk membentuk komuniti berkongsi nasib China-Vietnam yang bermakna strategik.

Video

Berita Berkaitan