China, EU Sedia Bersinergi Dorong Gencatan Senjata di Asia Barat

(CRI)Jumaat 03 April 2026

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Menteri Luar Wang Yi mengadakan perbualan telefon dengan Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Kaja Kallas pada Khamis.

Kallas berkata pihak Eropah tidak terlibat dalam perang di Asia Barat tetapi turut terkena tempiasnya, sambil menyuarakan harapan agar konflik diredakan secepat mungkin serta dialog dan rundingan dapat disambung semula.

Sementara itu, Wang berkata pelaksanaan gencatan senjata dan penghentian konflik adalah aspirasi bersama masyarakat antarabangsa dan juga penyelesaian asas bagi memastikan pelayaran yang selamat melalui Selat Hormuz.

China bersedia mengekalkan komunikasi dan kerjasama dengan EU untuk mendorong gencatan senjata dan pemulihan keamanan di rantau berkenaan, ujar beliau.

Dalam perbualan itu, kedua-dua pihak juga saling bertukar pandangan mengenai hubungan China-EU.

Video

Berita Berkaitan