China, Arab Saudi Sedia Bersama Bantu Redakan Ketegangan di Asia Barat

(CRI)Jumaat 03 April 2026

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Menteri Luar Wang Yi mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud pada Khamis.

Faisal memaklumkan perkembangan terkini situasi di Asia Barat, sambil menyatakan kesediaan pihaknya untuk meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan China dalam pelbagai platform termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendorong peredaan ketegangan dan penamatan konflik.

Sementara itu, Wang berkata pelaksanaan gencatan senjata merupakan perkara yang paling mendesak pada masa ini.

Tindakan diambil Majlis Keselamatan PBB perlu mengelakkan konfrontasi terus meningkat, katanya sambil menambah bahawa operasi ketenteraan tanpa kebenaran tidak boleh dihalalkan kerana ia akan membawa kesan buruk yang tidak terhingga khususnya terhadap negara-negara bersaiz kecil dan sederhana.

Beliau menyatakan China bersedia bekerjasama dengan Arab Saudi untuk menyumbang kepada pemulihan keamanan di rantau berkenaan seawal mungkin.

Video

Berita Berkaitan