Import LNG di Asia Junam ke Paras Terendah dalam Tempoh Enam Tahun

(CRI)Selasa 14 April 2026

Jumlah import gas asli cecair (LNG) ke rantau Asia merosot dengan mendadak, apabila jatuh ke paras terendah dalam tempoh hampir enam tahun.

Situasi tersebut dipengaruhi oleh konflik semasa yang berlaku di Asia Barat, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan tenaga serantau.

Asia juga dikhuatiri berdepan dengan kekurangan bekalan LNG bagi tempoh yang lebih lama selepas kegagalan rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran di Pakistan pada hujung minggu lalu.

Menurut data penjejakan kapal yang dikumpul Bloomberg pada Isnin, purata pergerakan 30 hari bagi penghantaran bersih LNG ke Asia setakat hujung minggu lalu jatuh di bawah 600,000 tan, iaitu paras terendah sejak Jun 2020.

Video

Berita Berkaitan