- Lain-lain
Jambatan Batang Lupar di Sarawak Siap Disambung, Satu Lagi Projek Kerjasama China-Malaysia
![]() |
| Foto menunjukkan Jambatan Batang Lupar yang sedang dibina. (Foto ihsan MBEC) |
Jambatan Batang Lupar di Sarawak siap disambung pada 26 Januari dan dijangka dibuka kepada trafik pada Jun tahun ini.
Jambatan sepanjang 4,844 meter itu merupakan salah satu hasil kerjasama China–Malaysia di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dengan China Railway Major Bridge Engineering Group Co., Ltd. (MBEC) bertindak sebagai rakan pelaksana dari pihak China. Projek ini merangkumi jambatan pendekat selatan dan utara serta rentang utama, dengan kira-kira 90 peratus kerja pembinaan dijalankan di atas air.
Jambatan ini terletak di muara Sungai Batang Lupar yang berbentuk corong, dan pembinaannya berdepan cabaran pasang surut yang kuat serta keadaan geologi yang kompleks. Kerja pembinaan dijalankan menggunakan kaedah sepenuhnya di atas air tanpa jambatan sementara, disokong oleh penggunaan kapal pemancang cerucuk berskala besar serta peralatan marin khusus.
Hu Wei, pengurus projek MBEC, berkata pasukan teknikal sentiasa menambah baik pelan pembinaan bagi memenuhi keperluan teknikal yang ketat serta menangani cabaran di tapak projek.
Apabila siap, Jambatan Batang Lupar dijangka mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan feri, memendekkan masa perjalanan, mempertingkatkan hubungan pengangkutan pesisir di Sarawak, serta menyokong aktiviti ekonomi tempatan termasuk sektor minyak dan gas, pertanian dan pelancongan.
- Pasangan Panda Gergasi ‘Chen Xing’ dan ‘Xiao Yue’ Tampil di Hadapan Khalayak di Zoo Negara
- Armada 989 China Lawat Malaysia
- Laluan Udara Kargo Baharu Hubungkan Jiangsu, Kuala Lumpur
- Hampir 20,000 Syarikat Bertapak di Taman Industri Qinzhou China-Malaysia
- "Teater Panda" sempena Musim Tayangan Program China Dilancarkan di Malaysia
- Pameran Jelajah Global Lukisan Peony Gongbi Juye Heze (Malaysia) Dilancarkan di Kuala Lumpur
- Genap Sebulan: Panda Chen Xing, Xiao Yue Sesuai di Malaysia
- Diplomasi China, Gema Global: Edisi Malaysia
- ECRL: Dari Teknologi ke Tenaga Kerja dan Memperkasa Bakat Tempatan
- Panda, Lambang Hubungan Malaysia-China
- Import Eksport China ke Negara BRI Naik 6.2% Tiga Suku Pertama 2025
- Majlis Anugerah Persahabatan Jalan Sutera Ke-3 Diadakan di Beijing
- Chengdu Jadi Tuan Rumah Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan 2024
- Pelaburan Langsung Syarikat China ke Negara Terlibat BRI Melebihi USD330 Blilion
- 34 Negara Jadi Anggota kepada Perkongsian Kerjasama Sumber Tenaga BRI
- Dorong Pembinaan Berkualiti secara Komprehensif dalam Pelaksanaan BRI - Xi
- Forum Antarabangsa Perkhidmatan Perundangan BRI Dirasmikan
- People’s Daily Online Buat Debut MV ‘Boundless Silk Road’
- Sama Menang, Inti Pati Kerjasama BRI
- Forum Kerjasama Media BRI 2025 Himpun 200 Wakil Antarabangsa di Kunming





