- Lain-lain
Panda, Lambang Hubungan Malaysia-China
Kerjasama melibatkan pemuliharaan panda gergasi merupakan satu ciri ikatan diplomatik erat antara Malaysia dan China, ujar Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup pada Khamis lalu.
Selepas satu lawatan ke Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPC) di Zoo Negara, Arthur dalam satu kenyataan mengatakan bahawa pasangan panda Chen Xing dan Xiao Yue yang tiba di Malaysia November lepas, merupakan ikon hubungan diplomatik yang akan mempererat kerjasama antara kedua-dua negara.
Beliau menambah, setelah habis tempoh kuarantin, dan pusat berkenaan siap dinaik taraf, pasangan panda akan diperkenalkan kepada orang ramai pada tarikh yang akan diumumkan tidak lama lagi.
“Saya berpuas hati dengan kemudahan GPC untuk menambah baik kebajikan panda dan keselesaan pelawat, termasuk menaiktarafkan tempat pameran utama, rekaan dalaman, landskap, dan menggantikan pendingin menggunakan peruntukan yang disediakan oleh kementerian,” katanya.
“Saya juga diberitahu oleh pakar veterinar tentang status kesihatan pasangan panda itu, yang dalam keadaan baik. Semasa lawatan ini, Chen Xing dan Xiao Yue menunjukkan tingkah laku yang normal dan aktif, menandakan tahap penyesuaian diri yang bagus.
Pada Mei 2014, China dan Malaysia melancarkan pusingan pertama kerjasama antarabangsa berkaitan pemuliharaan panda gergasi. Pada April tahun lalu, satu kenyataan bersama ditandatangani oleh kedua-dua negara, mengumumkan persetujuan untuk menyambung penyelidikan bersama mengenai pemuliharaan haiwan berkenaan, dengan harapan dapat mencapai kemajuan lanjut dalam bidang tersebut.
Xing Xing dan Liang Liang, pasangan panda pertama yang dihantar ke Malaysia pada 2014, tamat tempoh bermastautin 11 tahun di Malaysia pada Mei 2025.

Panda gergasi Fu Wa (Xing Xing) di pangkalan Mianyang kendalian Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China (CCRCGP) di bandar Mianyang, provinsi Sichuan, barat daya China, 29 Disember 2025. (Xinhua/Chen Juwei)

Panda gergasi Feng Yi (Liang Liang) di pangkalan Mianyang kendalian Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China (CCRCGP) di bandar Mianyang, provinsi Sichuan, barat daya China, 29 Disember 2025. (Xinhua/Xu Bingjie)
- ECRL: Dari Teknologi ke Tenaga Kerja dan Memperkasa Bakat Tempatan
- Diplomasi China, Gema Global: Edisi Malaysia
- Genap Sebulan: Panda Chen Xing, Xiao Yue Sesuai di Malaysia
- Pameran Jelajah Global Lukisan Peony Gongbi Juye Heze (Malaysia) Dilancarkan di Kuala Lumpur
- "Teater Panda" sempena Musim Tayangan Program China Dilancarkan di Malaysia
- Hampir 20,000 Syarikat Bertapak di Taman Industri Qinzhou China-Malaysia
- Laluan Udara Kargo Baharu Hubungkan Jiangsu, Kuala Lumpur
- Armada 989 China Lawat Malaysia
- China, Malaysia Capai Sejumlah Konsensus Mengenai Kerjasama Maritim
- Wang Yi Bertemu Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Malaysia Nushirwan




