- Lain-lain
Tingkatkan Persefahaman Melalui Dialog Antara Tamadun - Wang Yi

Menteri Luar China, Wang Yi menyampaikan ucapan video kepada acara sempena sambutan Hari Antarabangsa untuk Dialog Antara Tamadun, pada Isnin.
Wang, yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menyatakan bahawa Presiden China Xi Jinping mengemukakan Inisiatif Peradaban Global (GCI) pada tiga tahun lalu, sekali gus memberikan cadangan kepada arah perkembangan dan wujud bersama antara pelbagai tamadun.
Menurut beliau, penubuhan Hari Antarabangsa untuk Dialog Antara Tamadu merupakan langkah penting untuk melaksanakan inisiatif tersebut.
"Kita harus meningkatkan perpaduan dan mencari konsensus melalui pertukaran, selain memperkukuh asas sosiobudaya untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan," kata Wang.
Beliau turut mengemukakan cadangan China untuk mempromosikan dialog antara tamadun dari empat aspek.
"Pelbagai pihak harus mengekalkan rasa saling menghormati dan mempromosikan keharmonian wujud bersama antara tamadun, mengangkat kesamarataan, saling belajar, dialog dan keterangkuman antara tamadun.
"Pada masa sama, kita harus mengutamakan rakyat di samping memperkukuh asas pertukaran peradaban. Kita perlu memperkukuh pemahaman dalam kalangan rakyat, supaya hasil pertukaran peradaban dapat memberi manfaat langsung kepada rakyat," ujar Wang.
Beliau menegaskan bahawa China bersedia memperkukuh dialog peradaban dengan pelbagai negara, bersama-sama meluaskan jalan menuju ke modenisasi dunia.
"Kita harus memperkasakan pewarisan dan inovasi budaya tradisi, untuk meningkatkan daya dorongan kemajuan peradaban. China bersedia memberikan bantuan kepada pelbagai negara untuk melaksanakan transformasi dan pembangunan budaya tradisional.
"Pelbagai pihak harus mengekalkan pertukaran dan saling belajar untuk menambah baik mekanisme dialog antara tamadun," kata Wang Yi.
Beliau menekankan bahawa China komited memanfaatkan platform seperti Persekutuan Peradaban Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memainkan peranan lebih penting dalam mempromosikan dialog antara tamadun.
Untuk rekod, sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi yang diusulkan 83 buah negara termasuk China, untuk menetapkan tarikh 10 Jun sebagai Hari Antarabangsa untuk Dialog Antara Tamadun, pada tahun 2024.
- Wang Yi Bertemu Setiausaha Agung PBB
- Wang Yi Seru Perkasakan Semula PBB
- Wang Yi Bertemu Presiden Perhimpunan Agung PBB Ke-80 di Beijing
- Keprihatinan Negara Membangun Diseru Ditimbangkan dalam Pembaharuan PBB
- Saat Ini Paling Mendesak bagi Masyarakat Antarabangsa Patuhi Piagam PBB
- China Kekal Teguh Pelihara Sistem Antarabangsa Berteraskan PBB
- Laporan PBB: Pertumbuhan Ekonomi Global 2026 Naik 2.7%
- AS Mungkin Kehilangan Hak Undi Jika Terus "Berhutang Yuran PBB"
- Persidangan UNCAC ke-11 di Doha
- China Hantar Surat kepada Ketua PBB, Jelaskan Pendirian Berhubung Kenyataan Pemimpin Jepun




