China Hantar Surat kepada Ketua PBB, Jelaskan Pendirian Berhubung Kenyataan Pemimpin Jepun

(CRI)Sabtu 22 November 2025

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong pada Jumaat menghantar surat kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk menjelaskan pendirian kerajaan China terhadap kenyataan berhubung Taiwan oleh Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi.

Dalam surat itu, Fu berkata sejak kekalahan Jepun pada 1945, pemimpin negara itu pertama kali mencanangkan naratif pada suatu acara rasmi bahawa sebarang kemungkinan yang berlaku di Taiwan akan mengancam keselamatan Jepun serta mengaitkannya dengan hak mempertahankan diri secara kolektif.

Ini adalah kali pertama pemimpin Jepun menunjukkan ambisi untuk mencampuri perihal Taiwan menerusi kekerasan dan mengeluarkan ancaman ketenteraan menyasar China.

Sebagai negara yang kalah dalam Perang Dunia II, Jepun mesti merenung kembali sejarah pencerobohan, mematuhi komitmen politik berhubung Taiwan, berhenti membuat provokasi dan melangkaui batas serta menarik balik kenyataan salah berkenaan, ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan