Laporan PBB: Pertumbuhan Ekonomi Global 2026 Naik 2.7%

(CRI)Jumaat 09 Januari 2026

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan satu laporan yang bertajuk 'Situasi dan Prospek Ekonomi Dunia 2026' di New York pada Khamis.

Laporan itu menyatakan bahawa ekonomi global kelihatan akomodatif untuk suatu masa dalam landskap yang rumit, tetapi prospek pertumbuhannya untuk jangka sederhana dan panjang terjejas akibat ketegangan perdagangan, tekanan fiskal dan peningkatan ketidakpastian.

Laporan itu meramalkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi global bagi tahun 2026 akan mencapai 2.7 peratus, lebih rendah daripada 2.8% yang tercatat pada 2025.

Setiausaha Agung PBB, Antonia Guterres menyatakan bahawa ekonomi global kini berada dalam tempoh kritikal yang penuh dengan pelbagai cabaran.

"Justeru, mempertingkat kerjasama pelbagai hala dan memelihara sistem perdagangan multilateral yang berasaskan peraturan adalah amat penting untuk menstabilkan ekonomi global dan menggalakkan pembangunan lestari," kata beliau.

Video

Berita Berkaitan