China Kekal Teguh Pelihara Sistem Antarabangsa Berteraskan PBB

(CRI)Khamis 22 Januari 2026

China menyatakan komitmen jitu dalam mengamalkan multilateralisme serta memelihara sistem antarabangsa berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perkara itu disuarakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa PBB harus terus wujud namun peranan pertubuhan itu mungkin digantikan oleh 'Lembaga Keamanan' yang dicadangkannya.

Untuk itu, Guo berkata walau apa jua perubahan berlaku dalam landskap global, China akan sentiasa mempertahankan orde berlandaskan undang-undang antarabangsa serta norma asas hubungan antarabangsa yang bersandarkan Piagam PBB.

Beliau mengesahkan bahawa China telah menerima jemputan yang dihantar Trump untuk menyertai 'Lembaga Keamanan'.

Video

Berita Berkaitan