AS Mungkin Kehilangan Hak Undi Jika Terus "Berhutang Yuran PBB"

(CRI)Jumaat 09 Januari 2026

Jika terus menangguhkan pembayaran yuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan besar kehilangan hak mengundi dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada suatu masa kelak.

Demikian dinyatakan jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric dalam sidang media pada Khamis.

Beliau mengesahkan, AS tidak pernah membayar yuran pada tahun lepas.

"Ini bukan keputusan Setiausaha Agung PBB, tetapi peraturan yang termaktub dalam Piagam PBB," katanya lagi.

Video

Berita Berkaitan