Saat Ini Paling Mendesak bagi Masyarakat Antarabangsa Patuhi Piagam PBB

(CRI)Khamis 19 Februari 2026

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong menyatakan bahawa berhadapan situasi antarabangsa yang berkacau-bilau dan penuh dengan pergolakan, mengekalkan multilateralisme, memperkuat peranan PBB, serta membaharui dan menyempurnakan tadbir urus global adalah harapan bersama bagi semua negara. Saat ini paling mendesak bagi masyarakat antarabangsa mematuhi Piagam PBB dan menegakkan kewibawaan PBB.

Fu berkata sedemikian ketika menyampaikan ucapan dalam sesi perbahasan umum Mesyuarat Tahunan 2026 Jawatankuasa Khas Piagam PBB dan Pemerkasaan Peranan PBB pada Rabu.

Fu menyatakan bahawa China bersedia berpandukan Inisiatif Tadbir Urus Global, bekerjasama dengan semua pihak untuk memelihara manifesto dan prinsip Piagam PBB, mengamalkan konsep tadbir urus global yang menekankan permesyuaratan, pembinaan bersama dan perkongsian, dan mempergiat usaha menjadikan sistem tadbir urus global lebih adil dan rasional demi pembentukan komuniti berkognsi nasib sesama insan.

Video

Berita Berkaitan