Perdagangan Luar China Naik 15.3 Peratus pada Lima Bulan Pertama 2026

(CRI)Selasa 09 Jun 2026

Jumlah perdagangan barangan China terus mencatat pertumbuhan stabil dalam lima bulan pertama tahun ini dengan nilai import dan eksport menyaksikan peningkatan 15.3 peratus tahun ke tahun.

Menurut Jabatan Am Kastam China pada Selasa, jumlah perdagangan luar China mencecah RMB20.68 trilion (RM12.4 trilion) bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Daripada jumlah itu, import dan eksport ke ASEAN, Kesatuan Eropah (EU), dan Afrika masing-masing melonjak 16.6 peratus, 10.3 peratus, dan 18.2 peratus.

Dalam tempoh sama, perdagangan dengan negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencapai RMB10.57 trilion (RM6.33 trilion), iaitu naik 13.6 peratus.

Pada Mei sahaja, perdagangan luar China mencatat RMB4.45 trilion (RM2.66 trilion), melonjak 16.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan eksport dan import masing-masing meningkat 13.8 peratus dan 21.5 peratus.

Dalam lima bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan China dengan ekonomi anggota APEC yang lain mencapai RMB12.31 trilion (RM7.38 trilion), meningkat 17.4 peratus.

Video

Berita Berkaitan