- Lain-lain
20 Lagi Bandar Rintis Perdagangan Rentas Sempadan Pada 2026

Foto dron yang diambil pada 14 Januari 2026 ini menunjukkan kapal kargo sedang memunggah kontena di sebuah terminal kontena di Xiamen, provinsi Fujian, tenggara China. (Foto oleh Zeng Demeng/Xinhua)
China akan menambah jumlah bandar rintis di bawah kempen pemudahan perdagangan rentas sempadan kepada 45 pada 2026, naik daripada 25 pada 2025, maklum Pentadbiran Am Kastam (GAC) pada Isnin.
Kempen enam bulan itu dilancarkan bersama oleh GAC dan 23 jabatan lain.
Sun Meijun, ketua GAC, mengumumkan pada satu mesyuarat bahawa 20 bandar baharu telah disenaraikan, termasuk Hohhot, Changchun, Suzhou, Jinhua, Quanzhou, Nanchang, Yantai, Wuhan, Changsha, Zhuhai, Nanning, Kunming dan Xi’an.
Kempen terbabit akan menyaksikan pengenalan satu siri langkah baharu yang memfokuskan penaiktarafan perdagangan barang, peluasan perdagangan perkhidmatan, di samping menggalakkan perdagangan digital dan hijau.
Antara langkah yang bakal diambil termasuk menginovasi kawal selia pelepasan kastam, mengoptimumkan perkhidmatan bagi bentuk-bentuk baharu perdagangan asing dan meningkatkan kecekapan logistik rentas sempadan. Pembinaan pelabuhan secara lebih pintar, pelarasan lebih baik dengan piawaian antarabangsa, dan sokongan lebih lengkap terhadap syarikat juga akan menjadi keutamaan.
Seorang pegawai GAC menyifatkan pemudahan perdagangan rentas sempadan sebagai amat penting demi memperluas keterbukaan, memperkukuh kerjasama, dan melicinkan aliran ekonomi baik domestik mahupun antarabangsa. Ia turut membantu syarikat menjamin tempahan masuk, meneroka pasaran dan menambah keuntungan di tengah-tengah ketidakpastian yang dihadapi dunia.
Kata pegawai itu lagi, ia sekali gus menampakkan sokongan China terhadap Perjanjian Pemudahan Perdagangan Pertubuhan Perdagangan Dunia serta sistem perdagangan multilateral.
Sejak 2018, GAC telah mengatur kempen secara tahunan untuk merancakkan perdagangan rentas sempadan. Sebanyak 144 langkah telah dikuatkuasakan setakat 2025, dengan 110 daripadanya dilaksanakan di seluruh negara.
- Perdagangan Barangan China Naik 18.3 Peratus Dua Bulan Pertama 2026
- Pasaran Gergasi China Beri Peluang Besar kepada Dunia
- Kementerian Perdagangan China Akan Galak Penggunaan, Keterbukaan
- China Teguh Orak Langkah ke Hadapan, Suntik Keyakinan Buat Dunia
- Erenhot, Pelabuhan Darat Terbesar di Sempadan China-Mongolia, Makin Sibuk
- Permintaan Produk Pemanas Kian Meningkat, Pamer Daya Tahan Perdagangan Asing China
- Perdagangan Barang China Catat RMB33.61 Trilion pada Tiga Suku 2025
- Syarikat Guangxi Usaha Tembusi Pasaran ASEAN, Manfaatkan E-dagang
- Seramik Dehua Tambat Pelanggan Tetap Dari Seluruh Dunia
- Perdagangan Sempadan yang Makmur di Mazhouli Manfaatkan Penduduk Tempatan




