- Lain-lain
Kelulusan "Tiga Dokumen Keselamatan" LDP Jepun, Isyarat Berbahaya “Militarisasi Semula"

Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun telah mengadakan mesyuarat baru-baru ini dan meluluskan draf cadangan pindaan "Tiga Dokumen Keselamatan" yang bakal diserahkan kepada pentadbiran Sanae Takaichi.
Bertopengkan "melindungi tanah air", draf tersebut dilihat akan membuka jalan kepada ekspansi ketenteraan, melonggarkan sekatan dalam aspek ketenteraan, belanjawan dan penempatan secara menyeluruh, mempercepat langkah-langkah dalam memperincikan persiapan untuk peperangan dan menambah persenjataan.
Ini menunjukkan bahawa prinsip "pertahanan eksklusif" yang sejak sekian lama diamalkan Jepun selepas Perang Dunia II sudah tinggal nama sahaja, sedangkan "militarisasi baharu" bangkit sebagai ancaman ketara kepada rantau ini, malah dunia.
"Tiga Dokumen Keselamatan" yang berkuatkuasa di Jepun sekarang ini, iaitu Strategi Keselamatan Wilayah, Strategi Pertahanan Wilayah dan Pelan Penyusunan Pertahanan Jangka Sederhana adalah diluluskan pada akhir tahun 2022, menandakan peralihan strategi keselamatan dari "pertahanan eksklusif" kepada "berkeupayaan membalas serangan".
Bagaimanapun, draf pindaan "Tiga Dokumen Keselamatan" tersebut mengandungi langkah-langkah yang menyasarkan persiapan untuk berperang dalam jangka panjang dan campur tangan secara proaktif.
Dilihat dari draf tersebut, jelaslah terdapat perubahan yang fundamental yang berlaku dalam strategi keselamatan Jepun, iaitu konsepnya diubah dari defensif kepada ofensif, keupayaan ketenteraannya diubah dari pertahanan wilayah pesisir pantai kepada operasi jarak jauh, jangkauannya diubah dari pertahanan di kawasan sekitar kepada intervensi di peringkat global, dan mekanismenya diubah dari penambahan anggota tentera dan kos untuk sementara waktu kepada perluasan ketenteraan secara sistematik untuk jangka panjang.
Kesemua faktor tersebut menunjukkan, Jepun semakin jauh dari landasan mengamalkan sistem damai pasca perang. Maka, masyarakat antarabangsa perlu berganding bahu dan mengambil langkah yang tegas untuk menghalang kebangkitan semula militarisme di negara 'Matahari Terbit' itu.
- Topeng "Negara Aman" Yang Dipakai Jepun Hanyalah Sandiwara
- LDP Luluskan Draf Pinda "Tiga Dokumen Keselamatan", Mahu Percepat "Militarisasi Semula"
- Masyarakat Antarabangsa Perlu Bersama Cegah Neomilitarisme: MFA
- Rakyat Jepun Protes Kelulusan RUU Mengenai Penubuhan "Agensi Perisikan Negara"
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Penubuhan "Agensi Perisikan Negara"
- Kembali ke Tapak Kawat Maut Sandakan
- Ribuan Penduduk Jepun Berhimpun, Bantah Cadangan Kerajaan Pinda Perlembagaan
- Jepun Perlu Putuskan Hubungannya dengan Militarisme
- Tinjauan Umum Jepun: Lebih Separuh Responden Bantah Pelonggaran Sekatan Eksport Senjata Berbahaya
- Cubaan Jepun Dorong 'Penenteraan Semula' Tidak Dapat Sokongan: MFA




