Masyarakat Antarabangsa Perlu Bersama Cegah Neomilitarisme: MFA

(CRI)Selasa 02 Jun 2026

Masyarakat antarabangsa perlu kekal berwaspada dan bersama-sama mencegah neomilitarisme Jepun.n

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Lin Jian dalam sidang media pada Isnin.

Dalam Dialog Shangri-La yang berlangsung baru-baru ini, Menteri Pertahanan Jepun dilaporkan mendakwa negaranya telah dilabel 'neomilitarisme' meskipun tidak memiliki simpanan senjata nuklear dan jet pengebom strategik.

Mengulas mengenai perkara itu, Lin menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak berasas dari segi sejarah, undang-undang, fakta dan data, serta tidak mampu mendapat kepercayaan daripada negara jiran di Asia bahkan seluruh dunia.

Menurut beliau, belanjawan baharu pertahanan Jepun mencecah 9 trilion yen (RM223.4 bilion) dengan jumlah per kapita sebanyak tiga kali ganda lebih tinggi berbanding China.

Bukan itu sahaja, tempahan aset ketenteraan Kementerian Pertahanan Jepun telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun.

Lin berkata kerajaan Jepun ketika ini bertindak mempercepat penempatan peluru berpandu jarak sederhana jauh, melonggarkan eksport senjata pemusnah, di samping mendorong pindaan perlembagaan dan tiga dokumen keselamatan negara, sekali gus mencabar orde antarabangsa pasca Perang Dunia Kedua.

Beliau turut memetik pandangan pakar antarabangsa yang menyifatkan kenyataan dan tindakan Jepun mutakhir ini serupa dengan proses persiapan untuk melancarkan perang seperti yang didedahkan dalam Perbicaraan Tokyo.

Video

Berita Berkaitan