- Lain-lain
Cadangan Kerajaan Jepun Tukar Nama Tentera Udara Cetus Kebimbangan Rakyat

Cadangan kerajaan Jepun untuk menukar nama Pasukan Pertahanan Diri Udara kepada “Pasukan Pertahanan Diri Udara dan Angkasa” dalam tahun fiskal 2026, telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Jepun mengenai hala tuju keselamatan negara itu.
Menurut laporan media, rang undang-undang (RUU) berkaitan sedang dibahaskan di parlimen.
Jika diluluskan, ia merupakan kali pertama pertukaran nama Pasukan Pertahanan Diri sejak penubuhan Pasukan Pertahanan Diri Darat, Laut dan Udara Jepun pada tahun 1954.
Terdapat sumber yang menyatakan, tindakan kerajaan Jepun tersebut bertujuan untuk menetapkan ruang angkasa sebagai salah satu medan operasi ketenteraan Pasukan Pertahanan Diri negara itu.
Perkembangan berkaitan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Jepun.
Ramai rakyat Jepun meragui niat kerajaan yang meluaskan skop “jaminan keselamatan” serta menambah perbelanjaan pertahanan.
Mereka berpendapat langkah ini akan menekan lagi belanjawan kebajikan rakyat dan menambah beban rakyat.
- Kelulusan "Tiga Dokumen Keselamatan" LDP Jepun, Isyarat Berbahaya “Militarisasi Semula"
- Topeng "Negara Aman" Yang Dipakai Jepun Hanyalah Sandiwara
- LDP Luluskan Draf Pinda "Tiga Dokumen Keselamatan", Mahu Percepat "Militarisasi Semula"
- Masyarakat Antarabangsa Perlu Bersama Cegah Neomilitarisme: MFA
- Rakyat Jepun Protes Kelulusan RUU Mengenai Penubuhan "Agensi Perisikan Negara"
- Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Penubuhan "Agensi Perisikan Negara"
- Kembali ke Tapak Kawat Maut Sandakan
- Ribuan Penduduk Jepun Berhimpun, Bantah Cadangan Kerajaan Pinda Perlembagaan
- Jepun Perlu Putuskan Hubungannya dengan Militarisme
- Tinjauan Umum Jepun: Lebih Separuh Responden Bantah Pelonggaran Sekatan Eksport Senjata Berbahaya




