- Lain-lain
Forum Perdagangan dan Pelaburan BRI 2026 Buka Tirai di Beijing

Usaha perlu diteruskan untuk memperdalam kerjasama ekonomi dan perdagangan dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembinaan bersama, meneroka potensi kerjasama dalam bidang pembangunan hijau, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital serta meningkatkan keserasian untuk kepentingan bersama agar membuahkan hasil yang melimpah dalam kerjasama yang produktif.
Demikian dinyatakan para tetamu yang hadir dalam Forum Perdagangan dan Pelaburan Jalur dan Laluan 2026 yang diadakan di sini petang Selasa.
Di forum tersebut, para petugas persatuan perniagaan dari China, Malaysia, Laos, Britain dan Thailand menyatakan bahawa landskap pembinaan bersama BRI telah menjadi platform kerjasama ekonomi antarabangsa yang paling berprestij dengan skalanya terbesar dan jangkauannya terluas di dunia.
Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan barangan antara China dengan negara-negara yang terlibat dalam pembinaan bersama di bawah BRI telah meningkat 13.5 peratus tahun ke tahun dengan mencecah RMB8.28 trilion (RM5.04 trilion), iaitu mewakili 51 peratus keseluruhan perdagangan China.
Pengerusi Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Ren Hongbin berkata, China melalui pelaksanaan BRI yang menekankan pembinaan bersama, menunjukkan komitmen untuk merancakkan landskap kesalinghubungan dan pembangunan bersama di peringkat dunia, menggalakkan kelancaran likuiditi elemen-elemen ekonomi, meningkatkan kecekapan dalam pengagihan sumber, mengeratkan ikatan antara pasaran yang pelbagai, serta melonjakkan kedudukan negara-negara yang terlibat dalam pembinaan bersama di bawah BRI dalam rantaian industri, rantaian bekalan dan rantaian nilai di peringkat global.
- Permohonan Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-3 Dibuka
- Perdagangan Barangan China Naik 18.3 Peratus Dua Bulan Pertama 2026
- Bank Import Eksport China Luluskan Pinjaman RMB640 Bilion untuk BRI pada 2025
- Pinjaman Kewangan CHEXIM untuk Pelaksanaan BRI Cecah RMB2 Trilion
- Jambatan Batang Lupar di Sarawak Siap Disambung, Satu Lagi Projek Kerjasama China-Malaysia
- Jawatankuasa Penasihat BRF Tekankan Kerjasama, Kestabilan Ketika Dunia Mendepani Cabaran
- Import Eksport China ke Negara BRI Naik 6.2% Tiga Suku Pertama 2025
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi| Bengkel Luban: Latihan Bakat di Thailand
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Penyepaduan Kewangan Terangi Isi Rumah di ‘Negara Pelangi’
- Cerita Pembangunan Berkualiti Tinggi: Dari Penonton Olimpik Beijing ke Peserta Dalam Pembinaan Bersama BRI




