'Peluang China 2.0' Dijana Inovasi Berskala Besar

(CRI)Jumaat 26 Jun 2026

Inovasi berskala besar menjadi tumpuan Forum Davos Musim Panas 2026 yang berlangsung di Dalian, provinsi Liaoning dari 23 hingga 25 Jun.

Forum itu menyaksikan 1,700 peserta dari lebih 90 negara dan wilayah berkumpul bagi bertukar pandangan mengenai rangka tindakan kerjasama inovasi di peringkat global.

Isyarat jelas bahawa China bersedia berkongsi 'Peluang China 2.0' yang dijana momentum inovasi lebih kuat dengan negara-negara lain.

Dari mana datangnya inovasi China?

Sistem perindustrian yang lengkap, pasaran domestik yang bersaiz mega dan ekosistem inovasi yang penuh dinamik merupakan sumber keyakinan China untuk memajukan inovasi berskala besar.

Menurut Laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2025, China buat pertama kali tersenarai dalam kelompok 10 entiti ekonomi paling inovatif di dunia, manakala bilangan kluster dimilikinya yang berada dalam ranking 100 kluster inovasi terkemuka dunia, kekal terbanyak buat tiga tahun berturut-turut.

Bagi syarikat asing, 'Peluang China 2.0' menjanjikan lebih banyak peluang pelaburan dan kerjasama kepada mereka.

Bagi komuniti global pula, peluang berkenaan bermaksud akses yang lebih luas kepada teknologi maju serta perkongsian hasil inovasi yang lebih inklusif.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak syarikat multinasional menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta ibu pejabat serantau di China, iaitu beralih daripada 'dihasilkan di China' kepada 'dicipta di China'.

Pada masa depan, China akan terus memanfaatkan kelebihan dari segi inovasi, memperluas keterbukaan dan menjana lebih banyak enjin pertumbuhan bagi membolehkan teknologi canggih keluar dari makmal dan diperkenalkan ke seluruh dunia.

Video

Berita Berkaitan