- Lain-lain
Produk Berteknologi Tinggi China Jadi Tumpuan di Ekspo China-Eurasia Ke-9
Ekspo China-Eurasia ke-9 berlangsung di Urumqi, Xinjiang pada 25 hingga 29 Jun, menarik penyertaan 49 negara dan wilayah Asia dan Eropah, serta pertubuhan antarabangsa.
Pada masa sama, lebih 3,000 syarikat tempatan dan asing mempamerkan produk mereka.
Antara enam zon pameran utama ekspo edisi ini, zon kuasa produktif kualiti baharu yang didirikan buat julung kalinya mendapat sambutan hangat dan menerima pengunjung paling ramai.
Sementara itu, banyak produk pintar dari China membuat debut di ekspo ini, sekali gus mendapat sambutan baik khususnya daripada syarikat asing.
Kesalinghubungan infrastruktur pengangkutan banyak memudahkan kegiatan perdagangan.
Berikutan pembukaan laluan udara untuk produk pertanian dari Urumqi ke Dubai, China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini mempunyai satu laluan pengangkutan udara kargo baharu. Pengeluar gula-gula terbesar di Dubai sangat optimistik terhadap pasaran China.
Ekspo China-Eurasia ke-9 juga menubuhkan zon khas untuk mempamerkan industri unggul dan produk istimewa dari pelbagai negara, antaranya seperti madu dari Rusia dan buah-buahan tropika dari Thailand.
- Hidupkan Semangat "Laluan Sutera' Tingkatkan Perpaduan Demi Manfaat Bersama - Naib PM China
- Ekspo China-Eurasia Ke-9 Siap Siaga
- Ekspo China-Eurasia Kesembilan akan Berlangsung di Urumqi pada 25 Hingga 29 Jun
- Dua Zon Baharu Menonjol dalam Ekspo China-Eurasia Ke-9
- Ekspo China-Eurasia Ke-9 akan Diadakan di Urumqi pada Jun
- Xinjiang Jadi Tuan Rumah Ekspo Komoditi Eurasia 2025
- Ekspo EACT 2023 Buka Tirai
- Ekspo China-Eurasia Berhasil, Kontrak RMB960 B Ditandatangan
- Xi Utus Kawat Tahniah kepada Ekspo China- Eurasia Ke-7
- Ekspo China-Eurasia Ketujuh di Urumqi




