Ekspo China-Eurasia ke-9 Cipta Rekod Baharu

(CRI)Rabu 01 Julai 2026

Ekspo China-Eurasia ke-9 melabuhkan tirai dengan jayanya pada Isnin.

Ekspo pada edisi kali ini berjaya menarik penyertaan lebih 3,100 institusi dan perusahaan dari dalam dan luar negara, sekaligus mencatat rekod baharu sepanjang sejarah penganjuran ekspo tersebut.

Sebanyak 49 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa mengambil bahagian dalam ekspo kali ini, dengan 27 negara mendirikan pavilion negara masing-masing.

Ekspo yang berlangsung selama lima hari dari 25 Jun itu telah menarik kunjungan 329,300 pengunjung dengan hampir 10,000 daripadanya merupakan pengunjung dari luar negara.

Manakala seramai 23,700 peniaga domestik dan 2,000 peniaga dari luar negara menyertai ekspo kali ini.

Naib Pengarah Jabatan Perdagangan Wilayah Autonomi Xinjiang, Li Hongqi berkata, penganjuran ekspo ini telah mencapai hasil yang memberangsangkan sekaligus membuktikan bahawa kesalinghubungan dan kerjasama saling menguntungkan antara negara-negara Eurasia merupakan kesepakatan bersama.

Video

Berita Berkaitan