Syarikat China Sumbang Lebih 120 Tan Barangan kepada Venezuela

(CRI)Jumaat 03 Julai 2026

Lebih 120 tan barangan disumbang oleh syarikat China di Venezuela, setakat Khamis.

Menurut Kedutaan Besar China di Venezuela, selepas gempa bumi kuat melanda negara itu, syarikat China setempat segera menggerakkan kren, jentolak dan peralatan lain bagi kerja-kerja menyelamat.

Mereka turut menyumbang makanan, air minuman, barangan keperluan harian dan peralatan keselamatan ke kawasan bencana.

Dilaporkan, terdapat lagi kira-kira 500 tan barangan bantuan yang sedang disiapkan dan akan dihantar secara berperingkat ke lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Venezuela.

Video

Berita Berkaitan