Keuntungan Industri China Terus Pulih pada 10 Bulan Pertama 2025

(CRI)Khamis 27 November 2025

Keuntungan industri bersaiz besar menyaksikan peningkatan 1.9 peratus dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, sekaligus memperlihatkan pertumbuhan positif selama tiga bulan berturut-turut sejak Ogos.

Menurut Biro Statistik Negara (NBS) pada Khamis, hasil operasi perusahaan industri bersaiz besar turut mencatat peningkatan 1.8 peratus berbanding tahun lalu.

Pertumbuhan ini telah mewujudkan syarat yang menggalakkan bagi pemulihan keuntungan industri.

Antaranya, keuntungan industri pembuatan berteknologi tinggi yang meningkat lapan peratus, iaitu 6.1 mata peratus lebih tinggi daripada taraf purata.

Video

Berita Berkaitan