- Lain-lain
IMF Turunkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Global 2026
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Rabu menerbitkan kemas kini laporan "Prospek Ekonomi Dunia", dengan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global sebanyak 3.0 peratus pada tahun 2026, dan 3.4 peratus bagi tahun 2027.
Berbanding unjuran yang dikeluarkan pada April lalu, IMF telah menurunkan 0.1 mata peratusan bagi tahun 2026 namun menaikkan 0.2 mata peratusan bagi tahun 2027.
Bagaimanapun kedua-dua unjuran itu masih lebih rendah berbanding purata pertumbuhan global sebanyak 3.5 peratus yang dicatat sepanjang tempoh 2024 hingga 2025.
Laporan tersebut juga menyebut, kadar pertumbuhan ekonomi China bagi tahun 2026 dijangka mencecah 4.6 peratus, manakala 4.1 peratus bagi tahun 2027, masing-masing naik 0.2 mata peratusan dan 0.1 mata peratusan berbanding unjuran pada April.
Menurut laporan itu lagi, prestasi ekonomi China pada suku pertama 2026 mengatasi jangkaan, didorong oleh peningkatan pelaburan awal dalam projek infrastruktur awam, pertumbuhan kukuh industri pembuatan berteknologi tinggi dan peningkatan eksport.
- Zhang Guoqing Hadiri Sidang Kemuncak Konvergensi Global Demi Pertumbuhan
- OECD Unjur Ekonomi Dunia Bergerak Perlahan
- China Tetap Penyumbang Terbesar Pertumbuhan Ekonomi Dunia - Presiden WEF
- China Bawa Kepastian, Kestabilan Lebih Besar Kepada Ekonomi Global
- China Kekal Menarik Bagi Pelabur Amerika
- CEO Siemens: China Ubah Sistem Operasi Ekonomi, Lancarkan 'Kuasa Produktif Berkualiti Baharu'
- Kerajaan Tempatan di China Bentang Projek Utama, Pupuk Pendorong Pertumbuhan Baharu
- Tinjauan CGTN: China Siap Mencapai Matlamat Pembangunan 2024
- Xi Bertemu Ketua-ketua Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa Utama
- Sesi ke-79 Perhimpunan Agung PBB Dirasmikan




