- Lain-lain
China, Namibia Lonjakkan Hubungan Dua Hala ke Tahap Komuniti Berkongsi Nasib pada Era Baharu

Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Namibia, Netumbo Nandi-Ndaitwah di Dewan Besar Rakyat Beijing pada Jumaat petang.
Pemimpin kedua-dua negara mengumumkan untuk meningkatkan hubungan dua hala ke tahap komuniti berkongsi nasib pada era baharu.

Dalam pertemuan itu, Xi menyatakan bahawa China dan Namibia harus memperkukuh sokongan khususnya dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan teras masing-masing, meneroka potensi kerjasama di samping meningkatkan tahap kerjasama, selain mengekalkan perpaduan dan penyelarasan dalam mempertahankan multilateralisme.

Nandi-Ndaitwah pula menyatakan bahawa pihaknya amat mementingkan hubungan dengan China dan akan berpegang teguh pada prinsip satu China.
Selain itu, beliau turut menzahirkan kesediaan untuk belajar pengalaman China, dan berganding bahu dengan China untuk memperkukuh perpaduan, meningkatkan rasa saling percaya, dan mengintensifkan kerjasama, agar mendorong hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Namibia terus maju ke depan.
- Menteri Luar China, Namibia Capai Persepakatan Tingkatkan Kerjasama Dua Hala
- Menteri Luar dan Perdagangan Namibia Bakal Lawat China
- Utusan Khas Presiden Xi Hadir Majlis Angkat Sumpah Presiden Namibia
- Utusan Khas Presiden Xi akan Hadir Upacara Angkat Sumpah Presiden Namibia
- Xi Ucap Takziah Pemergian Sam Nujoma
- Namibia, China Ikrar Perkasa Kerjasama Saling Untung
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Namibia
- Xi Ucap Takziah Atas Kepergian Bekas Presiden Namibia Geingob




