- Lain-lain
Hasil Tinjauan Perspektif China terhadap ASEAN Diumumkan
Hasil sinergi antara China dan ASEAN pada tahun-tahun kebelakangan ini mendapat pengiktirafan meluas, menurut satu tinjauan pendapat umum anjuran Institut Global Times (GTI).
Edisi 2026 “Perspektif China terhadap ASEAN” mendapati responden di China menilai positif kolaborasi yang semakin mendalam, dengan ramai yang optimistik akan kerjasama ekonomi dan perdagangan. Interaksi budaya pula dianggap menampakkan momentum yang menggalakkan.
Tinjauan dijalankan pada 12 Jun hingga 1 Julai lalu, menyasarkan individu biasa berusia 18-69 tahun dari 31 wilayah pentadbiran peringkat provinsi di Tanah Besar China. Dengan sokongan agensi penyelidikan pasaran Digital 100, sejumlah 1,875 borang soal selidik dihimpunkan. Data kemudian dirumuskan berdasarkan jantina dan struktur umur pengguna Internet mengikut Laporan Statistik Pembangunan Internet China ke-57 yang diumumkan oleh Pusat Maklumat Rangkaian Internet China pada Februari 2026.
Kebanyakan responden kenal atau pernah mendengar tentang ASEAN
Apabila ditanya tentang impresi mereka terhadap ASEAN, 45% responden memilih “sangat baik” atau “baik”. Tinjauan menyenaraikan beberapa kategori kandungan berkaitan ASEAN dan menanya responden apa yang paling dikaitkan dengan ASEAN. Sebanyak 56% responden memilih “projek kerjasama China-ASEAN”, aspek yang meninggalkan impresi paling mendalam. Ini diikuti oleh “pembangunan ekonomi dan sektor pembuatan” serta “pelancongan, kuisin, dan pemandangan semula jadi”. Lebih 30% responden mempunyai impresi yang baik terhadap “e-dagang rentas sempadan dan ekonomi digital” serta “komuniti perantau China dan pertukaran orang ke orang”.
Kira-kira separuh daripada responden bersikap optimistik akan prospek hubungan China-ASEAN
Tinjauan mendapati bahawa 30% responden merasakan negara ASEAN bersikap “sangat ramah” atau “agak ramah” terhadap China, manakala 23% lagi memilih opsyen yang neutral.
Menyentuh hubungan semasa China dan ASEAN, 49% responden memilih “baik”, 31% memilih “neutral”, menjadikan jumlahnya kira-kira 80%. Berhubung prospek hubungan China-ASEAN pula, 49% responden bersikap optimistik, manakala 28% percaya status quo tidak akan berubah.
Kerjasama ekonomi dan perdagangan paling dinanti-nantikan
Menilai keberkesanan kerjasama China-ASEAN pada tahun-tahun kebelakangan ini, 66% responden melihatnya sebagai “luar biasa” atau “agak efektif”. Pemeteraian Protokol Kawasan Perdagangan Bebas 3.0 telah mengundang peluang baharu kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala. Tinjauan mendapati 99% responden mahu China dan ASEAN terus memperdalam kerjasama dalam bidang-bidang berkenaan. Khususnya, responden menitikberatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pelaburan, dengan kadar pemilihan 56%. Ini diikuti oleh kerjasama pertanian dan rantaian bekalan makanan, pembangunan hijau dan tenaga baharu, pelancongan dan pertukaran warga, serta kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang, masing-masing dipilih pada kadar 51%.
- Kumpulan Pemikir Pertahanan China, ASEAN Berkumpul di Kunming Bulan Depan
- Setiausaha Agung ASEAN: Perlunya Perkongsian ASEAN-China Lebih Kukuh
- Buah-buahan ASEAN di Guangxi: Aroma Kelapa Thailand Seberangi Gunung dan Laut
- Bagaimana Buah-buahan ASEAN Merentas Ribuan Batu ke China
- Diplomat ASEAN Nantikan Peluang Kongsi Pasaran dengan China
- Buah-buahan ASEAN di Guangxi: Cita Rasa Terunggul Durian Malaysia
- Guangxi: Pintu Masuk Buah-buahan ASEAN
- Mesyuarat Pegawai Kanan ke-26 Pelaksanaan DoC Berlangsung di Kuala Lumpur
- China, ASEAN Gembleng Usaha Majukan Ekonomi Biru
- Projek Fotovoltaik Terbesar di Asia Tenggara Dibina China Mula Beroperasi di Laos




