Kapal Frigat Tentera Laut Vietnam Lakukan Kunjungan ke Guangzhou

(CRI)Selasa 21 Julai 2026

Kapal frigat Tentera Laut Vietnam "Tran Hung Dao" tiba di sebuah pangkalan tentera laut di Guangzhou pada Isnin bagi memulakan lawatan muhibah selama empat hari ke China.

Kapal berkenaan diiringi oleh kapal Tentera Laut China, Enshi sebelum berlabuh di pangkalan berkenaan.

Pegawai dan anggota sebuah pangkalan di bawah Tentera Laut Medan Selatan, Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menyambut ketibaan delegasi Tentera Laut Vietnam.

Sepanjang lawatan, kedua-dua angkatan laut akan mengadakan pelbagai program, termasuk lawatan ke kapal perang, pertukaran profesional dan aktiviti kebudayaan.

Kunjungan kali ini diharap akan meningkatkan lagi persahabatan tradisional kedua-dua pihak, memperkukuh persefahaman, kesalingpercayaan dan kerjasama, di samping akan memainkan peranan positif dalam menjaga keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.

Video

Berita Berkaitan