Wang Yi Dijadual Hadiri Mesyuarat Menteri Luar China–ASEAN

(CRI)Selasa 21 Julai 2026

China menyokong peranan utama ASEAN dalam kerangka kerjasama serantau dan berharap kerjasama Asia Timur terus berkembang secara dinamik, serta menyumbang kepada keamanan, pembangunan, dan kemakmuran serantau serta global.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Isnin, sebagai menjawab soalan media mengenai kehadiran Menteri Luar China, Wang Yi dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar China-ASEAN.

Ujarnya, ASEAN merupakan jiran yang mesra serta rakan kerjasama penting China, selain menjadi keutamaan dalam diplomasi negara itu dengan negara-negara jiran.

Beliau menambah, China turut berharap mesyuarat itu nanti akan memeperkukuh konsensus mengenai kerjasama pembangunan serta memajukan pembinaan lima komuniti utama iaitu aman, damai, makmur, indah dan bersahabat, disamping mempererat komuniti berkongsi masa depan China-ASEAN.

Video

Berita Berkaitan