- Lain-lain
Wang Yi Hadiri Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar SCO

Menteri Luar China, Wang Yi menghadiri Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Kyrgyzstan pada Jumaat.
Wang menyatakan bahawa tahun ini ulang tahun ke-25 SCO. Masyarakat antarabangsa menantikan SCO dapat menggalakkan pembangunan keselamatan serantau dan menyelesaikan masalah tadbir urus global.
Sehubungan itu, Wang mengemukakan empat cadangan.
Yang pertama, SCO patut terus mengekalkan Semangat Shanghai sebagai prinsip panduan asas dalam usaha membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Kedua, perlu mengukuhkan keamanan dan kestabilan dan mempercepatkan penubuhan “empat pusat keselamatan” dengan berkesan.
Ketiga, SCO patut meningkatkan momentum dalam pembangunan untuk membuahkan lebih banyak hasil demi situasi sama menang.
Dan keempat, membina zon rintis untuk tadbir urus global dan meneroka model tadbir urus global yang berkesan berdasarkan penglibatan pelbagai pihak.
Sementara itu, para hadirin bersepakat bahawa ketika berdepan dengan situasi antarabangsa yang tidak menentu, perlunya terus memaparkan “Semangat Shanghai”, mengeluarkan lebih banyak suara daripada SCO, dan secara aktif menangani cabaran global.
- Persidangan Kerjasama Inovasi Sains dan Teknologi China-SCO Berlangsung di Qingdao
- PM Li Tiba di Moscow Hadiri Mesyuarat SCO
- PM Li Qiang akan Hadir Mesyuarat SCO, G20, Lawat Zambia
- Pemandu Pelatih LRT Kazakhstan Jalani Sesi Latihan di Tianjin
- Pusat Kerjasama Inovasi Sains dan Teknologi China-SCO Ditubuhkan
- Lapan Pencapaian Utama Sidang Kemuncak SCO Tianjin
- SCO Harus Jadi Model dalam Laksanakan GGI - Xi
- Peng Liyuan Bawa Isteri Pemimpin Asing Menyusuri Sungai Haihe
- Jaringan Logistik SCO Pendekkan Tempoh Penghantaran Produk Segar China-Rusia Kepada Tujuh Hari
- Pertukaran Antara Rakyat dan Budaya di SCO Liputi Lebih Banyak Bidang




