Buku Biru Internet Pintar 2026 Diterbitkan di Beijing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 30 Julai 2026

Edisi ketiga Laporan Pembangunan Internet Pintar China 2026 yang disusun oleh Institut Penyelidikan People’s Daily Online, diterbitkan di Beijing hari ini.

Taklimat dihadiri oleh pemimpin jabatan serta ahli akademik dan industri, memfokuskan kaedah untuk memperdalam pembangunan Internet pintar dan mencipta satu bentuk baharu ekonomi pintar pada tahun permulaan tempoh Pelan Lima Tahun ke-15 (2026-2030) ini.

Kakitangan digital AI pertama People’s Daily Online yang diberikan kod “001” juga membuat penampilan sulung pada acara itu.

Ucapan oleh Fan Zhengwei, presiden People’s Daily Online. (foto/People's Daily Online)

Ucapan oleh Fan Zhengwei, presiden People’s Daily Online. (foto/People's Daily Online)

Memetik ucapan presiden People’s Daily Online Fan Zhengwei, beliau menekankan bahawa pembangunan Internet pintar membuka ruang baharu buat media arus perdana. Mengikut trend pembangunan Internet pintar, People’s Daily Online akan mengambil pendekatan “mentadbir AI dengan AI, membimbing kecerdasan dengan kebijaksanaan”.

Upacara mengarkibkan siri Buku Biru Internet Pintar dalam korpus nilai utama

Upacara mengarkibkan siri Buku Biru Internet Pintar dalam korpus nilai utama.(foto/People's Daily Online)

Turut hadir, timbalan ketua biro tadbir urus komprehensif Internet di bawah Pentadbiran Ruang Siber China, Zhang Shuaiyan yang pula berkata, sambil menikmati dividen daripada kemajuan teknologi, perlunya kekal waspada terhadap masalah dan cabaran yang dibawa kecerdasan buatan. Beliau mengingatkan supaya mengambil sikap berhati-hati namun inklusif untuk mengimbangi keselamatan dan pembangunan, justeru menggalakkan perkembangan baharu dalam produktiviti sosial.

Laporan Pembangunan Internet Pintar China 2026

Laporan Pembangunan Internet Pintar China 2026.

Sebahagian agenda acara taklimat termasuk mengarkibkan pencapaian siri Buku Biru Internet Pintar dalam korpus nilai utama People’s Daily Online – satu percubaan inovatif untuk membolehkan hasil daripada kumpulan pemikir dimanfaatkan dengan lebih baik dalam aspek nilai sosial.

Video

Berita Berkaitan