China Bidas Jepun Sebar Naratif Palsu

(CRI)Rabu 05 Ogos 2026

China membantah keras naratif palsu dibuat kerajaan Jepun bagi menguar-uarkan 'ancaman China' dalam kertas putih pertahanannya.

Dilaporkan, Kertas Putih Pertahanan Jepun 2026 yang disiarkan pada Selasa menggambarkan perkembangan ketenteraan China sebagai 'cabaran strategik terbesar yang belum pernah berlaku sebelum ini'.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Chen Xi membidas Jepun mencanangkan 'krisis keselamatan sekitaran' sebagai alasan untuk melonggarkan dasar ketenteraannya sendiri.

Chen berkata 'neo-militarisme' dilihat semakin bangkit di Jepun, menimbulkan cabaran serius kepada orde antarabangsa pasca perang serta ancaman sebenar kepada keamanan dan kestabilan serantau.

Ujarnya pihak Jepun patut merenung kembali sejarah pencerobohan, berhenti mencampuri urusan dalaman China, dan jangan mengelirukan rakyat sendiri malah masyarakat antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan