- Lain-lain
Propaganda Jepun Gembar-Gembur "Ancaman China" Bermotifkan Perluasan Persenjataan

Belanjawan pertahanan China dan apa yang disebut "ancaman China" yang digembar-gemburkan oleh segelintir politikus Jepun, jelasnya bertujuan mencari alasan bagi negaranya untuk memperluas persenjataan.
Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Jiang Bin berkata demikian pada Rabu ketika menjawab soalan mengenai propaganda Jepun terbabit.
Mengenai belanjawan pertahanan negara, Jiang Bin menyatakan bahawa China telah mengeluarkan maklumat terperinci bagi tempoh 2026 membabitkan skala, struktur dan saluran penggunaan, dengan prosesnya yang terbuka dan telus yang tidak dapat dipertikaikan.
Nisbah perbelanjaan pertahanan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China sejak sekian lama berada di bawah paras 1.5%, jauh lebih rendah daripada yang diumumkan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, dan juga lebih rendah daripada paras purata dunia serta negara-negara NATO yang biasanya melebihi 2 peratus. "Yang perlu diperhatikan, belanjawan pertahanan Jepun menunjukkan peningkatan selama 14 tahun berturut-turut, dengan mencatat 60 peratus lebih dalam lima tahun kebelakangan ini. Nisbah perbelanjaan pertahanan dalam KDNK Jepun mencapai 2%, sedangkan perbelanjaan pertahanan per kapita adalah tiga kali ganda daripada China.
"Kami mendesak Jepun berhenti memfitnah dan jangan sekali-kali memilih jalan militerisme yang hanya akan membawa kemusnahan kepada diri sendiri," kata Jiang lagi.
- China Bantah AS Besar-besarkan "Ancaman China" dalam Akta Pertahanan 2026
- Trend Pembangunan China Tidak Dapat Dihalang: Diplomat Veteran Singapura Kishore Mahbubani
- Naratif Songsang AS tentang "Ancaman China" Mendapat Bantahan Tegas
- China Kecam Kertas Putih Pertahanan Jepun 2025, Tuntut Hentikan Tuduhan Tidak Berasas
- China Sanggah Kenyataan Setiausaha Pertahanan AS
- China Kecam Dakwaan Filipina yang Salah
- Jepun Digesa Henti Uar-uarkan "Ancaman China"
- China Membantah Jepun yang Gembar-Gemburkan “Ancaman China”
- Jepun Didesak Berhati-hati dalam Gerak Kera Ketenteraan
- Jawatankuasa Hal Ehwal Luar NPC Bantah Resolusi Dewan Perwakilan AS
- Rakyat Jepun Bantah Kerajaan Tingkatkan Bajet Pertahanan
- Tokoh Jepun Suarakan Kebimbangan Terhadap Hala Tuju dan Dasar Politik Sanae Takaichi
- Rakyat Jepun Bantah Tindakan Kerajaan Tempatkan Peluru Berpandu Jarak Jauh di Kumamoto
- China Gesa Jepun Betulkan Kenyataan Salah Mengenai Taiwan
- PM Jepun Umum Bubar Dewan Perwakilan Jumaat Ini
- Tiga Soalan untuk Jepun: Membuka Topeng “Negara Pasifis”




