- Lain-lain
China Gesa Semua Pihak Elak Ketegangan Baharu di Asia Barat
China menggesa semua pihak mengelakkan kenyataan berbaur ancaman dan tindakan ketenteraan yang boleh memburukkan lagi keadaan di Asia Barat.
Demikian tegas Wakil Tetap China ke PBB, Fu Congketika berucap pada mesyuarat tergempar terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai situasi di rantau itu pada Khamis.
Beliau berkata, peningkatan semula ketegangan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran baru-baru ini telah menjejaskan sasaran di Bahrain dan Kuwait.
China secara konsisten berpegang kepada prinsip bahawa semua pihak harus mematuhi tujuan dan prinsip Piagam PBB, serta menentang sebarang penggunaan atau ancaman kekerasan dalam hubungan antarabangsa.
Katanya, China menyeru semua pihak untuk bertenang dan menahan diri, mengelakkan retorik ancaman dan tindakan ketenteraan melulu, serta tidak mencetuskan peningkatan ketegangan.
China menegaskan bahawa kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah pelbagai negara di Asia Barat harus dihormati, manakala orang awam serta kemudahan awam perlu dilindungi.
Pada masa sama, China telah mengemukakan tiga usul iaitu yang pertama, mengekalkan gencatan senjata yang menyeluruh, kedua memulihkan pelayaran normal di Selat Hormuz secepat mungkin dan ketiga, memperbaiki hubungan antara negara-negara serantau.
- AS Serang 10 Sasaran Ketenteraan Iran
- PBB Sambut Baik Persepakatan AS-Iran
- Majlis Penandatanganan MoU AS-Iran akan Diadakan pada Jumaat
- Majlis Penandatanganan MoU AS-Iran akan Diadakan di Switzerland
- Kebebasan dan Keselamatan Pelayaran di Selat Hormuz Penting Buat Semua Pihak
- AS-Iran Tandatangan MoU Secara Jarak Jauh
- Iran, AS Capai Dokumen Perjanjian
- Pusingan Pertama Rundingan Peringkat Tinggi Iran, AS Berakhir
- MoU AS, Iran Perlu Dilaksana Bersama: MFA
- China Seru Pelayaran di Selat Hormuz Kembali Pulih
- China, Arab Saudi Komited Menyumbang kepada Peredaan Situasi di Asia Barat
- China Komited Terus Lakukan Usaha Pengantaraan di Negara-negara Asia Barat bagi Tamatkan Konflik
- Menteri Luar China, Britain Adakan Perbualan Telefon, Bincang Situasi Asia Barat
- China, Perancis Tingkatkan Komuniksi dan Koordinasi dalam Isu Asia Barat
- China Ulangi Gesaan Hentikan Segera Operasi Ketenteraan di Asia Barat
- Wang Yi Hubungi Rubio menerusi Telefon
- China Gesa Semua Pihak Elak Ketegangan Memuncak di Teluk
- Laluan Pengangkutan Kontena Baharu Dalian-Asia Barat Dibuka
- Wakil China Kemuka Empat Cadangan Dorong Kedamaian di Asia Barat
- Utusan Khas China Lawat Qatar




