China Tawar Dasar Transit Tanpa Visa 240 Jam kepada Kyrgyzstan dan Vietnam

(CRI)Khamis 20 Ogos 2026

Warga Kyrgyzstan dan Vietnam layak menikmati dasar transit tanpa visa selama 240 jam (10 hari) di China dan dasar tanpa visa selama 30 hari di wilayah Hainan bermula 20 Ogos.

Perkara itu dimaklumkan Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) hari ini.

Setakat in, 57 buah negara telah menikmati dasar transit tanpa visa 240 jam di China dan 61 buah negara pula menikmati dasar tanpa visa selama 30 hari di wilayah Hainan.

Menurut dasar berkenaan, pelawat boleh menjalankan aktiviti seperti pelancongan, perniagaan, melawat, dan mengunjungi sanak saudara.

Bagaimanapun, aktiviti yang memerlukan kelulusan khas seperti bekerja, belajar dan liputan media masih memerlukan visa.

Video

Berita Berkaitan