- Lain-lain
Menteri Luar China, Korea Selatan Bertemu di Seoul Bincang Perkembangan Hubungan Bilateral

China dan Korea Selatan, sebagai rakan kerjasama yang berkekalan perlu menyemarakkan semangat kejiranan dan menunjukkan pandangan strategik.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yidalam perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan Cho Hyun di Seoul pada Rabu.
Wang Yi yang juga merupakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata lagi bahawa kedua-dua negara harus memberi tumpuan kepada pembangunan jangka panjang dan kepentingan asas rakyat, berusaha memastikan hubungan dua hala berkembang secara sihat, stabil dan mampan, membawa lebih banyak kebajikan kepada rakyat kedua-dua negara, dan memberikan lebih banyak sumbangan kepada keamanan dan pembangunan serantau.
"Saya berharap kedua-dua pihak akan terus menghasilkan 'kek besar' dalam kerjasama bilateral, menggalakkan peningkatan kerjasama dari kapasiti industri konvensional ke arah nilai tambah tinggi, meneroka sektor baharu untuk kerjasama selanjutnya seperti kecerdasan buatan, transformasi hijau, ekonomi digital, peralatan canggih dan ekonomi warga emas, mempercepatkan rundingan fasa kedua Perjanjian Perdagangan Bebas China-Korea Selatan, dan merancakkan landskap yang sama menang.

"Usaha juga perlu dilakukan untuk terus mempromosikan pertukaran dalam bidang belia, media, sukan, kumpulan pemikir dan kerjasama peringkat daerah, memperkukuh penyelarasan dan kerjasama dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau, mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau, dan menggalakkan pembinaan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah," ujar Wang.
Sementara itu, Cho Hyun pula menyatakan bahawa pihak Korea Selatan sentiasa memegang teguh dasar Satu China yang berkuatkuasa sejak terjalinnya hubungan diplomatik, dan berharap dapat mempererat pertukaran peringkat tinggi dengan pihak China, bagi menggalakkan hubungan Korea Selatan-China terus bertambah baik dan berkembang dalam semua bidang.
- Wang Yi akan Lawat Korea Selatan, Indonesia
- China Puji Korea Selatan Tegaskan Pendirian Satu China
- China, Korea Selatan Komited Perkukuh Perkongsian Strategik
- Peng Liyuan Anjur Resepsi Minum Teh untuk Wanita Pertama Korea Selatan
- Korea Selatan Ingin Rapatkan Hubungan Perdagangan dengan China
- Xi Bertemu Presiden Korea Selatan
- Menteri Luar China, Korea Selatan Bual menerusi Panggilan Telefon
- Wang Yi Terima Kunjungan Utusan Khas Presiden Korea Selatan
- Hubungan China, Korea Selatan Yang Sihat dan Stabil Selari dengan Arus Zaman - Xi
- China Sedia Tingkatkan Hubungan dengan Korea Selatan




