Sidang Pleno ke-6 Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat PKC Diadakan di Beijing

(CRI)Ahad 23 Ogos 2026

Sidang pleno ke-6 Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat (CCDI) Parti Komunis China (PKC) ke-20 diadakan di Beijing pada Sabtu.

Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC yang juga setiausaha CCDI Li Xi menyampaikan ucapan pada sidang pleno tersebut.

Para peserta telah mempelajari Pemikiran Xi Jinping Mengenai Sosialisme Bercirikan China pada Era Baharu, khususnya Pemikiran Xi Jinping Mengenai Pembinaan Parti.

Sidang itu menegaskan bahawa badan pemeriksaan dan penyeliaan disiplin merupakan tenaga utama dalam menjalankan tugas memperkasakan tadbir urus kendiri Parti secara menyeluruh.

Oleh itu, badan-badan berkaitan perlu mengikut laluan China untuk memerangi rasuah, serta mendorong pembangunan bermutu tinggi kerja pemeriksaan dan penyeliaan disiplin pada era baharu dengan standard lebih tinggi dan lebih banyak langkah konkrit.

Video

Berita Berkaitan