"Petikan Xi Jinping Mengenai Kaedah Kerja di Peringkat Akar Umbi" Diterbitkan

(CRI)Ahad 05 Julai 2026

Buku "Petikan Xi Jinping Mengenai Kaedah Kerja di Peringkat Akar Umbi" yang diedit oleh Institut Penyelidikan Sejarah dan Dokumen Jawatankuasa Pusat Parti Pusat Komunis China (PKC), telah diterbitkan dan diedarkan di seluruh negara baru-baru ini.

Kerja pada peringkat akar umbi adalah asas pemerintahan dan sumber tenaga, serta titik permulaan segala gerak kerja dalam agenda PKC.

Baik semasa bekerja di peringkat daerah mahupun bertugas di kerajaan pusat, Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping sentiasa memperhatikan, mengambil berat dan mendorong gerak kerja di peringkat akar umbi, selain memberi sokongan yang jitu untuk memperincikan pelaksanaannya sebagai strategi jangka panjang dan dasar utama.

Beliau sudah berjaya membentuk siri kaedah kerja yang berharga dan pendekatan yang kondusif dalam bidang tersebut.

Dimaklumkan, buku itu dibahagikan kepada 9 bab, merangkumi 287 petikan daripada lebih 190 dokumen Xi termasuk laporan, ucapan, artikel, arahan, dan arahan khas yang bertarikh dari April 1983 hingga April 2026.

Video

Berita Berkaitan