Majlis Pengenalan Jilid Kelima Buku 'Xi Jinping: Pentadbiran China' Berlangsung di Kazakhstan

(CRI)Khamis 16 Julai 2026

Majlis pengenalan jilid kelima buku 'Xi Jinping: Pentadbiran China' berlangsung di Astana, ibu negara Kazakhstan pada Rabu.

Rata-rata hadirin yang menyertai majlis itu berpendapat naskhah itu memperlihatkan secara menyeluruh pencapaian terbaharu pemikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu, dan merupakan karya berwibawa yang boleh membantu masyarakat antarabangsa memahami pemodenan ala China dan negara Tembok Besar pada zaman kontemporari.

Mereka juga menganggap China dan Kazakhstan merupakan rakan dalam perjalanan menuju ke arah pemodenan.

Selain itu, perkongsian pengalaman mengenai pentadbiran negara berasaskan karya penting Xi mempunyai makna signifikan bagi mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Kazakhstan.

Acara berkenaan dianjurkan bersama oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara China, Kumpulan Komunikasi Antarabangsa China (CICG) dan Kedutaan Besar China di Kazakhstan.

Lebih 200 orang tetamu dan wakil dari sektor penerbitan, agensi media, kumpulan pemikir, institusi pengajian tinggi dan kalangan perusahaan dari China dan Kazakhstan telah menghadiri acara tersebut.

Video

Berita Berkaitan