- Lain-lain
Buku Himpunan Wacana Xi Mengenai Kaedah Kerja di Peringkat Akar Umbi Diterbitkan
Naskhah bertajuk "Buku Bacaan Pembelajaran Mengenai Huraian Penting Xi Jinping Berhubung Kaedah Kerja di Peringkat Akar Umbi" telah diterbitkan dan diedarkan di seluruh negara China.
Buku yang disusun oleh Jabatan Organisasi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) tersebut menghimpunkan pelbagai huraian penting Presiden China Xi Jinping mengenai pendekatan dan kaedah kerja di peringkat akar umbi.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC membesar dan menimba pengalaman kepimpinan melalui perkhidmatan di peringkat akar umbi serta sentiasa memberi penekanan terhadap usaha pembangunan di peringkat akar umbi, sama ada ketika berkhidmat di peringkat tempatan mahupun selepas memegang jawatan di peringkat pusat.
Buku itu meneroka dan membentuk pelbagai pendekatan kerja di peringkat akar umbi yang disifatkan mempunyai nilai teori dan praktikal.
Siri huraian penting yang dikemukakan Xi mengenai kaedah kerja di peringkat akar umbi telah menjawab persoalan penting seperti konsep masyarakat akar umbi, bagaimana mendekati rakyat serta cara memperkukuh perkhidmatan kepada rakyat.
Ia juga menjadi rujukan penting dalam memperkukuh pelaksanaan tugas di peringkat akar umbi pada era baharu.
- "Petikan Xi Jinping Mengenai Kaedah Kerja di Peringkat Akar Umbi" Diterbitkan
- Jilid Kelima Buku "Xi Jinping - The Governance of China" Dilancarkan di Ankara
- Artikel Xi Mengenai Tanggungjawab Setiausaha Jawatankuasa Parti Peringkat Kaunti Diterbitkan Jurnal Qiushi
- Artikel Xi Mengenai Pembangunan Pendidikan, Sains dan Teknologi, dan Bakat Diterbitkan dalam Jurnal Qiushi
- Simposium Pembinaan Parti Berlangsung di Beijing
- Artikel Xi mengenai Pembangunan Industri Masa Hadapan Diterbitkan
- Karya Terpilih Xi Jinping mengenai Kedaulatan Undang-undang Edisi Bahasa Inggeris Diterbitkan
- Jilid Kelima Buku "Xi Jinping: Tadbir Urus China" Diterbitkan dalam Lapan Bahasa
- Xi Beri Arahan kepada Barisan Pegawai Kanan Menerusi Artikelnya Terbitan Qiushi
- Majlis Promosi Buku "Xi Jinping: The Governance of China" Edisi Bahasa Inggeris Diadakan di Indonesia




