- Lain-lain
Xi Bertemu Guterres di Shanghai

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres di Shanghai pada Jumaat.
Guterres berada di China untuk menghadiri Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia (WAIC) 2026 serta Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus AI Global.
Dalam pertemuan itu, Xi berkata China akan terus memperdalam kerjasama dengan PBB bagi menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia serta memajukan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Beliau menegaskan bahawa di tengah-tengah ketidaktentuan global yang semakin meningkat, adalah perlu untuk mengamalkan multilateralisme jitu dan memperkasa semula PBB.

Ujarnya, semua pihak perlu mematuhi tujuan dan prinsip Piagam PBB, memelihara sistem dan peraturan antarabangsa yang dibina pasca Perang Dunia II, di samping menggalakkan pembaharuan PBB supaya badan itu dapat lebih menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.
Semua negara harus berganding bahu menangani pelbagai cabaran global, kata beliau sambil menambah bahawa kuasa besar perlu memikul lebih banyak tanggungjawab.
Sementara itu, Guterres berkata PBB akan terus mengukuhkan kerjasama dengan China, menentang unilateralisme, proteksionisme dan amalan buli, serta memajukan proses multipolarisasi dunia dan menjaga kepentingan bersama komuniti antarabangsa.
- Guterres Tiba di Shanghai, Hadir WAIC 2026
- Teladani China dalam Bidang Pemuliharaan Ekologi, Martabatkan Peranan PBB - Pengerusi UNGA Ke-80
- China Seru Rapatkan Jurang AI di Pentas PBB
- Tingkatkan Persefahaman Melalui Dialog Antara Tamadun - Wang Yi
- Wang Yi Bertemu Setiausaha Agung PBB
- Wang Yi Seru Perkasakan Semula PBB
- Wang Yi Bertemu Presiden Perhimpunan Agung PBB Ke-80 di Beijing
- Keprihatinan Negara Membangun Diseru Ditimbangkan dalam Pembaharuan PBB
- Saat Ini Paling Mendesak bagi Masyarakat Antarabangsa Patuhi Piagam PBB
- China Kekal Teguh Pelihara Sistem Antarabangsa Berteraskan PBB




