Teladani China dalam Bidang Pemuliharaan Ekologi, Martabatkan Peranan PBB - Pengerusi UNGA Ke-80

(CRI)Isnin 13 Julai 2026

Pengerusi Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-80, Annalena Baerbock memuji keberkesanan China dalam tadbir urus ekologi, dengan langit biru selalunya boleh kelihatan pada masa ini. Hasil transformasi dalam penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) dan peneutralan karbon di China boleh dijadikan contoh teladan di peringkat global, di sebalik landskap pembangunan domestiknya yang berpaksikan rakyat.

Demikian dinyatakan Annalena Baerbock dalamlawatan pertamanya keChina pada akhir April 2026 sejak dipilih menjadiPengerusiUNGA.

Beliau menerangkan bahawa tugas utamanyaadalah menyelaras 193 negara anggota, menegakkan tiga tonggak utama, iaitukeamanan, pembangunan dan hak asasi manusia yang termaktub dalam PiagamPertubuhanBangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Sistem pelbagai hala kiniberada padasaatyangkritikal, dan ulang tahun ke-80 PBB memerlukan reformasi untuk meningkatkan keberkesanan dalam pelbagai program penyelarasan dan kerjasama; PBB bukan sesuatu yang boleh diabaikan. Bantuan makanan global, pendidikan kanak-kanak, keselamatan penerbangan dan lain-lain bergantung kepada mekanisme PBB," kata beliau.

Menyentuhisu-isu global, Annalena Baerbock menyatakan bahawa tiada perbatasan negara dalam menangani krisis iklim, dan sejumlah negara sudah kelihatan ketinggalan dalam menunaikan komitmen mereka dalam menangani isu itu.

"PBB boleh membina platform seragam untuk memperbaiki tadbir uruskecerdasan buatan (AI), mengecilkan jurang perbezaan dalam memperoleh manfaat teknologi, memacu pendigitalan dan menangani pelbagai risiko seperti keganasan siber. Pelaksanaan pelbagai matlamat yang terkandung dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030 tergendala secara menyeluruh, maka setiap negara perlu meningkatkan sokongan yang jitu dan mengambil tindakan yang tulen." ujar beliau.

Sementara itu, Bah Berk amat menghargai sumbangan yang diberikan China, negara pengasas PBB, kuasa besar dan penderma utama dalam misi pasukan pengaman PBB dan peneraju bagi tadbir urus global, dalam mengamalkan multilaterisme.

Mengenaipenarikandirisuatu negara kuasa besardaripada mekanisme antarabangsa dan konflik serantau, beliau berpendapatbahawa negara mana-mana pun tidak dapat menangani krisis globaldengansendirian, dan amalandwi-standard dalam urusan antarabangsa patut ditolak.

"Semua negara diseru menangani perbezaan pendapat dan menyelesaikan pertelingkahan melalui dialog di platform PBB," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan