- Lain-lain
Xi Seru Perkukuh Pemahaman Betul terhadap Prestasi Tadbir Urus
Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini mengeluarkan arahan penting yang menekankan bahawa usaha membentuk dan mengamalkan pemahaman betul terhadap prestasi tadbir urus merupakan satu tugas jangka masa panjang.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China berkata usaha tersebut perlu dilaksanakan secara berterusan bagi mengukuhkan dan mengembangkan hasil yang dicapai dalam kempen pembelajaran dan pendidikan berkaitan.
Beliau menyatakan bahawa kempen pembelajaran dan pendidikanmengenai membentuk dan mengamalkan pemahaman betul terhadap prestasi tadbir urus telah mencapai sasaran yang diharapkan sejak ia mula dilaksanakan di seluruh Parti pada Februari lalu, dengan masalah penyelewenganmenonjol dibetulkan, sementara sistem dan peraturan yang praktikal dan berkesan dibentuk dan dipatuhi.
Beliau turut menekankan keperluan untuk terus membimbing organisasi Parti di pelbagai peringkat serta seluruh anggota Parti supaya meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan, membawa manfaat kepada rakyat, membuat keputusan secara saintifik dan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh.
- Perhimpunan Memperingati Ulang Tahun ke-100 Jiang Zemin Diadakan di Beijing
- Wang Huning Adakan Tinjauan di Wilayah Xizang
- Pencapaian PKC dalam Tadbir Urus Negara Dapat Pujian
- Tokoh-tokoh Antarabangsa Hargai Ucapan Xi pada Sambutan Ulang Tahun ke-105 PKC
- Pemimpin Dunia Ucap Tahniah atas Ulang Tahun ke-105 PKC
- PKC Berazam Cipta Pancapaian Baharu untuk Rakyat
- Aspirasi Asal dan Sasaran Perjuangan Parti Komunis China
- Perhimpunan Sambutan Ulang Tahun ke-105 PKC Berlangsung di Beijing
- Xi Anugerahkan "Pingat 1 Julai" kepada 8 Penerima
- Keahlian Parti Komunis China Melebihi 101 Juta Orang




