Tokoh-tokoh Antarabangsa Hargai Ucapan Xi pada Sambutan Ulang Tahun ke-105 PKC

(CRI)Jumaat 03 Julai 2026

Tokoh-tokoh antarabangsa menyanjung tinggi intipati ucapan Presiden China, Xi Jinping semasa majlis sambutan ulang tahun ke-105 Parti Komunis China (PKC).

Rata-rata mereka menyatakan bahawa konsep mengutamakan rakyat yang diperjuangkan PKC merupakan salah satu rahsia utama kejayaan berterusan China di bawah pimpinan PKC dan juga amat bererti bagi keamanan dan pembangunan dunia.

Profesor Yuri Pikalov dari Universiti Nasional Pasifik Rusia menyatakan bahawa salah satu kunci kejayaan PKC adalah berpaksikan kepada rakyat.

Kata beliau, PKC sentiasa menjadikan kebahagiaan rakyat sebagai sasaran parti itu.

Malah pemimpin China juga memperluas konsep pembangunan dan kemakmuran bersama ke dalam bidang hubungan antarabangsa, serta komited untuk membina hubungan perkongsian yang adil dan saling menguntungkan dengan semua negara di dunia.

Katanya, inilah masa depan bersama umat manusia.

Sementara itu Milos Vucevic, Pengerusi Parti Maju, yang merupakan parti yang berkuasa di Serbia menyatakan bahawa PKC memimpin China mencapai pembangunan yang mengagumkan, terutamanya dalam bidang pembasmian kemiskinan dan pemodenan negara.

Dalam pada itu, Bekas Naib Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pino Arlacchi menganggap bahawa pimpinan Presiden Xi Jinping, berjaya meletakkan China di kedudukan terunggul dalam pembangunan ekonomi, sains dan teknologi serta kebudayaan di dunia, ini adalah kejayaan yang amat gemilang.

PKC telah menunjukkan kelebihan yang amat besar dalam aspek pemerintahan untuk rakyat, keupayaan organisasi, serta pemeliharaan orde antarabangsa.

Konsep China wajar dipelajari oleh negara-negara lain.

Video

Berita Berkaitan