China Mahu Lonjakkan Perkongsian Strategik Komprehensif dengan Rusia - MFA

(CRI)Selasa 01 September 2026

Forum Ekonomi Timur (EEF) edisi ke-11 dijadual berlangsung di Vladivostok, Rusia dari 1 hingga 4 September dengan tema "Timur Jauh: Pembangunan untuk Manfaat Rakyat" (The Far East: Development for the Benefit of People).

Perkara itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar China (MFA), Guo Jiakun pada sidang media di Beijing pada Ahad.

Beliau berkata China bersedia memanfaatkan forum tersebut sebagai peluang untuk bekerjasama dengan Rusia dalam melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, sekali gus memperkukuhkan perkongsian strategik komprehensif China-Rusia ke tahap yang lebih tinggi, demi membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Ujar Guo, China turut berhasrat memperkukuh komunikasi dengan semua pihak, selain meningkatkan kesalingpercayaan dan menegakkan keterbukaan dan kerjasama.

Ini turut merangkumi berkongsi peluang pembangunan serta menyumbang lebih besar kepada kemajuan dan pembangunan bersama serantau, di samping meningkatkan kesejahteraan rakyat pelbagai negara.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 Perkongsian Strategik China-Rusia serta ulang tahun ke-25 "Perjanjian Kerjasama Persahabatan dan Kejiranan China-Rusia".

Video

Berita Berkaitan