China Peringati Kemenangan Perang Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia

(CRI)Jumaat 04 September 2026

Simposium sempena memperingati Ulang Tahun Ke-81 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Sedunia telah diadakan di Beijing pada Khamis.

Majlis tersebut dihadiri Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, Li Shulei.

Simposium tersebut menyaksikan wakil-wakil daripada Jabatan Kerja Barisan Bersatu Jawatankuasa Pusat PKC, Institut Penyelidikan Sejarah dan Kesusasteraan Parti Jawatankuasa Pusat PKC serta Jabatan Kerja Politik Suruhanjaya Tentera Pusat PKC, selain wakil anggota muda daripada unit tentera yang cemerlang dalam perang menentang pencerobohan Jepun dan wakil pelajar, menyampaikan ucapan masing-masing.

Mereka mengupas kepentingan besar kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti Fasis Dunia, selain menyatakan tekad untuk mengingati sejarah, mengenang jasa perwira, menghargai keamanan dan membina masa depan.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 200 wakil daripada pelbagai masyarakat.

Video

Berita Berkaitan