Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Kebangkitan Semula Militarisme

(CRI)Rabu 08 Julai 2026

Beberapa pertubuhan masyarakat sivil Jepun mengadakan perhimpunan di kaunti Saitama sempena ulang tahun ke-89 "Peristiwa 7 Julai" yang menandakan bermulanya Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun.

Para peserta yang berhimpun menggesa masyarakat Jepun menjadikan sejarah sebagai iktibar dan membendung kebangkitan semula fahaman militarisme.

Mereka berpendapat Jepun perlu berdepan dengan sejarah pencerobohan secara jujur dan mengambil pengajaran daripada sejarah dengan terus berpegang kepada laluan pembangunan secara aman.

Wakil Persatuan Persahabatan Jepun-China 15 Ogos, HiroshiAkiyama berkata, masih ramai rakyat Jepun yang masih belum benar-benar menilai dan merenung sejarah peperangan tersebut.

Ujarnya keadaan itu dapat dilihat menerusi usaha berterusan beberapa pihak termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang didakwa menggalak pengukuhan tentera, memperluas keupayaan ketenteraan serta menyokong eksport senjata pemusnah.

Video

Berita Berkaitan