China Mendesak Lagi Jepun Siasat Kes Pegawai Tentera Ceroboh Masuk Kedutaan Besar

(CRI)Rabu 01 April 2026

China sekali lagi mendesak Jepun untuk melakukan penyiasatan ke atas kejadian seorang pegawai Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) menceroboh masuk ke Kedutaan Besar China di Tokyo, dan berhemah membendung kes sedemikian daripada berlaku lagi.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar semalam.

Mao menunjukkan bahawa kejadian ini mendedahkan betapa mendalamnya pengaruh jahat ideologi sayap kanan Jepun serta perspektif sejarah yang terpesong.

Menurut laporan berkenaan, Universiti Pertahanan Jepun mempunyai "amalan tahunan" mengunjungi Kuil Yasukuni secara berkumpulan.

Pada tahun 2024, pelantikan Ketua Pendeta Kuil Yasukuni merupakan satu berita yang mengejutkan, kerana jawatan itu akhirnya dijawat oleh seorang bekas pegawai kanan JSDF. Ini merupakan kali pertama jawatan tertinggi dalam pengendalian Yasukuni disandang oleh seorang bekas jeneral JSDF.

Selain itu, terdapat sekumpulan aktivis ultra-kanan yang ekstrem dan bermusuhan dengan China sejak sekian lama terlibat dalam persekolahan di bawah JSDF, sedangkan bahan pelajaran dan latihan yang terbabit penuh dengan kandungan yang mengindahkan dan memuliakan sejarah pencerobohan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Mao berkata, masyarakat antarabangsa wajar berwaspada dengan kecekalan tinggi terhadap kecenderungan JSDF ke arah yang semakin kanan dan pergerakan Jepun yang menyasarkan "peningkatan tahap persenjataan".

Video

Berita Berkaitan