Arkib Baharu Dedah Perang Kimia Penceroboh Jepun Jenayah Negara

(CRI)Isnin 06 Julai 2026

Arkib baharu berkaitan maklumat peribadi anggota Seksyen Kimia Tentera Kwantung Jepun atau dikenali sebagai Unit 516 semasa Perang Dunia II (WWII) didedahkan kepada umum di Harbin, provinsi Heilongjiang pada Ahad.

Unit 516 merupakan salah satu pasukan penting dalam perang kimia, dengan tugas menyelidik dan membangunkan senjata kimia sepanjang perang pencerobohan di China.

Menurut arkib berkenaan, dipastikan bahawa Unit 731, Unit 516 dan Unit 100 membentuk sistem perang biokimia yang merangkumi 'manusia-haiwan-alam sekitar' melalui pertukaran kakitangan dan perkongsian teknologi.

Kurator Dewan Pameran Bukti Jenayah Unit 731 Tentera Imperial Jepun, Jin Chengmin menyifatkan perang kimia dilakukan tentera penceroboh Jepun sebagai jenayah negara yang dirancang dari atas ke bawah.

Video

Berita Berkaitan